PAPISMA
Cawangan Kelantan
PAPISMA
Cawangan Kelantan
PAPISMA adalah merupakan singkatan kepada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Kebajikan dan Perubatan
menfokuskan program-program kesihatan yang menyeluruh dari segi spiritual, mental dan fizikal
Akademik dan Kepakaran
menyusun program ilmiah tentang kesihatan dan kerjaya kepada professional kesihatan secara khususnya dan masyarakat secara amnya
Wanita, Remaja dan Kanak-kanak (WARAK) menumpukan projek pembangunan wanita dan keluarga di negeri Kelantan
Pembangunan insan
menjalankan program berbentuk pendidikan dan pembangunan diri selaras untuk melahirkan nilai insani yang mapan dalam masyarakat
Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) berkaitan projek bantuan kepada asnaf dan fakir miskin di sekitar negeri Kelantan
Dental PAPISMA Kelantan
merupakan satu bahagian tugas yang menumpukan program kesihatan gigi dalam masyarakat di negeri Kelantan
Assalamualaikum w.b.t.
InshaaAllah Misi Bantuan Kemanusiaan melebarkan sayap di bawah naungan PAPISMA Malaysia, Dakap Malaysia dan Muslim Care Malaysia dengan pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Acheh pada:
Tarikh : 31 Dis 2025 - 4 Jan 2026
Hari : Rabu - Ahad
Lokasi : Acheh Tamiang Indonesia
Bantuan perubatan dan kesihatan serta keperluan diri buat saudara kita di sana akan disampaikan terus.
Ayuh berganding bahu menjayakan misi ini. Setiap tenaga, masa dan sumbangan yang dicurahkan amat bermakna buat saudara kita di sana.
Moga Allah memelihara niat baik kita semua dan membalasnya dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Marilah kita teruskan doa dan sumbang agar bumi Aceh dikurniakan kekuatan, ketabahan dan pemulihan yang berpanjangan.
Akhirul kalam,
الحَمْدُ لِلهِ الَّذِيْ بِعِزَّتِهِ وَجَلَالِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
Ertinya:
"Segala puji bagi Allah yang dengan kemuliaan dan kebesaran-Nya kebaikan-kebaikan itu menjadi sempurna."
Sekian, terima kasih.
28 Disember 2025 | Kehadiran seramai 100 orang pelajar yang berumur dari 7 hingga 14 tahun telah menjayakan program ini. Slot pengisian yang dibawakan dalam program Kem Smart Solat ini menfokuskan tentang kesihatan kendiri remaja yang menjadi fokus modul IGenOhsem/GTZ ketika ini. Moga semua peserta mendapat input yang disampaikan dalam pengisian tersebut.
27 Disember 2025 | Kehadiran sukarelwan seramai 20 orang yang terdiri daripada doktor dan pembantu telah menjayakan program khatan pada tahun ini. Seramai 50 orang kanak-kanak dari kawasan sekitar tempat program telah menyertai program kali ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan progam ini.
25 Disember 2025 | Berlangsung di Zon Ria Pasir Puteh. Seramai 30 orang asnaf telah menerima bantuan keperluan persekolahan hasil daripada kutipan dana back to school tahun ini. Nantikan siri ke-2 program ini akan datang.
20 Disember 2025 | Kehadiran sukarelwan seramai 20 orang yang terdiri daripada doktor dan pembantu telah menjayakan program khatan pada tahun ini. Seramai 50 orang kanak-kanak dari kawasan sekitar tempat program telah menyertai program kali ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan progam ini.
6 Disember 2025 | Seramai 60 orang mangsa banjir di Kampung Kutan Sungai, Pasir Pekan telah menerima bantuan barangan keperluan. Terima kasih kepada semua penyumbang yang membolehkan bantuan ini disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Program dimulakan dengan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh doktor pakar perubatan keluarga dan seterusnya menjalankan sesi pemeriksaan kesihatan kepada semua mangsa banjir yang terlibat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
5 Disember 2025 | Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Kelantan hari ini telah menyalurkan sumbangan Tabung Banjir berjumlah RM12,000 kepada 170 mangsa banjir di Kg. Kubang Sawa yang terjejas dalam kejadian banjir baru-baru ini. Sumbangan tersebut disampaikan sebagai sebahagian daripada usaha kebajikan PAPISMA untuk membantu meringankan beban mangsa, terutamanya melibatkan keperluan asas serta sokongan kesihatan melalui pemeriksaan Kesihatan oleh ahli PAPISMA. Bantuan ini diharapkan dapat membantu keluarga-keluarga terlibat meneruskan kehidupan sementara menunggu proses pemulihan sepenuhnya.
Seramai lebih 30 orang peserta daripada pelbagai hospital dan klinik telah menyertai bengkel ini. Program ini memberi peluang kepada petugas kesihatan mendalami teknik berkhatan secara sistematik melalui gabungan sesi teori dan praktikal yang dipandu oleh dua pakar berpengalaman dalam anaesthesiology dan pembedahan kanak-kanak. Peserta dapat mempelajari langkah kerja yang betul, penggunaan peralatan, serta pendekatan selamat bagi mengurangkan komplikasi, sesuatu yang sukar diperoleh hanya melalui pembacaan atau pemerhatian di tempat kerja. Format bengkel yang ringkas tetapi padat ini juga membolehkan peserta membina keyakinan, meningkatkan kemahiran hands-on, dan memahami standard amalan semasa sebelum terlibat dalam prosedur sebenar.
Seramai lebih 300 pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 menghadirkan diri. Program ini dimulakan dengan Ceramah 1: Kesihatan Kendiri, Gejala Sosial, Jenis Sentuhan dan Gender. Ceramah 2: Bahaya Pornografi, Ketagihan,HIV/AIDS & PJS. Bengkel disulami dengan slot ice-breaking dan seterusnya sesi latihan dalam kumpulan (LDK). Program diakhiri dengan ikrar pelajar dan penyampaian hadiah kepada kumpulan dan peserta terbaik.
Program ini ditujukan khusus untuk murid tahun 4 hingga tahun 6. Sepanjang program, pelajar didedahkan dengan pelbagai pengisian bermanfaat dan interaktif seperti: Kesihatan Kendiri, Sentuhan Selamat dan Tidak Selamat, Gejala Sosial di Sekolah dan Isu LGBT, Pengenalan Gender, Bahaya Pornografi dan Ketagihan Digital dan Penyakit Jangkitan Seksual dan HIV. Melalui pendekatan santai dan mesra pelajar, program ini memberi pencerahan penting tentang penjagaan diri, maruah serta tanggungjawab sebagai remaja muslim dalam menghadapi cabaran dunia moden.
Program Malam Titipan Kasih Buatmu Gaza ialah majlis makan amal anjuran PAPISMA Kelantan yang telah berlangsung pada 1 November 2025 di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu. Majlis ini menampilkan ucaptama, perasmian serta perkongsian pengalaman daripada tetamu jemputan berkaitan isu kemanusiaan Gaza, termasuk aktivis flotilla dan wakil NGO Palestin. Turut memeriahkan acara ialah persembahan nasyid oleh kumpulan Shoutul Muhammadi.Seramai 140 orang peserta telah menghadiri majlis ini dan menyumbang kepada tabung Gaza PAPISMA..
Majlis penutup program advokasi skuad waja ini merupakan penutup bagi beberapa sesi kaunseling yang telah berjalan dalam tempoh 3 bulan bermula julai-september 2025. Diharap program ini dapat memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat tentang definisi keganasan rumah tangga & akta-akta yang berkaitan agar golongan yang teraniaya terutamanya wanita dapat bangkit membela diri & meneruskan hidup ke arah yang lebih baik. Program separa bersasar ini dengan Tema: 'Wanita Bangkit,Tiada Lagi Tangisanmu' merupakan kerjasama antara Jabatan Pembangunan Wanita,Skuad Waja & PAPISMA Cawangan Kelantan. Semoga kerjasama yang terjalin dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Facebook: Papisma Malaysia Cawangan Kelantan Official Youtube: PAPISMA Kelantan Instagram: Papisma_Kelantan Tiktok: PAPISMA Kelantan