Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Kelantan ingin menyampaikan komitmen penuh dalam menyokong sambutan Hari AIDS Sedunia 2025 yang diraikan setiap 1 Disember. Tahun ini, Malaysia mengangkat tema โPerkukuh Kesedaran, Hapus Stigmaโ, selari dengan usaha global menangani HIV/AIDS secara lebih inklusif, berasaskan ilmu dan penuh empati.
Tema ini mengingatkan kita bahawa perjuangan melawan HIV bukan sekadar soal rawatan, tetapi juga tanggungjawab sosial untuk menghapuskan sikap menghukum, prejudis dan diskriminasi yang masih wujud dalam masyarakat. Stigma menyebabkan ramai pesakit lewat mendapatkan diagnosis dan rawatan, seterusnya meningkatkan risiko komplikasi serta penyebaran penyakit.
PAPISMA Kelantan menyokong penuh segala usaha meningkatkan pendidikan kesihatan, memastikan akses kepada rawatan antiretroviral (ART), serta memperkasa intervensi pencegahan dan promosi kesihatan yang bersifat inklusif dan mesra komuniti.
Dalam masa yang sama, PAPISMA Kelantan mengambil maklum laporan mengenai tangkapan melibatkan aktiviti tidak bermoral dan berisiko tinggi, termasuk yang berlaku di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang baru-baru ini. Kami menegaskan bahawa isu tersebut perlu ditangani secara menyeluruh, melalui:
Pendekatan kesihatan awam yang menekankan pendidikan, pencegahan dan intervensi awal;
Penguatkuasaan yang berhemah terhadap aktiviti yang menyalahi undang-undang;
Sokongan psikososial, terutama kepada golongan berisiko yang memerlukan bimbingan;
Mengelakkan penyebaran stigma yang boleh menyebabkan individu takut tampil mendapatkan rawatan.
PAPISMA Kelantan menegaskan bahawa HIV Aids bukan isu moral semata-mata, tetapi isu kesihatan awam yang memerlukan pendekatan profesional, berasaskan fakta dan penuh ihsan. Setiap individu yang hidup dengan HIV berhak kepada layanan bermaruah, rawatan setara, dan sokongan tanpa diskriminasi.
Sempena Hari AIDS Sedunia 2025 ini, PAPISMA Kelantan menyeru semua pihak sama ada masyarakat, institusi, badan agama, pemimpin serta petugas kesihatan untuk memperkukuh usaha bersama dalam membina komuniti yang lebih celik, berempati dan bebas stigma.
PAPISMA Kelantan mengikuti dengan penuh keprihatinan perkembangan terkini berhubung misi Sumud Flotilla ke G*z* yang kini berada dalam ancaman rejim Z!0nis isr**l. Misi kemanusiaan ini membawa mesej solidariti dan bantuan kepada rakyat Palestin yang sekian lama hidup di bawah penindasan, kepungan, dan sekatan tidak berperikemanusiaan.
Sepertimana kita semua maklum, beberapa aktivis kemanusiaan dari Malaysia telah ditahan secara haram oleh pihak tentera isr**l, satu tindakan yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa, mencabuli hak asasi manusia, dan menzahirkan lagi keangkuhan Z!0nis terhadap usaha kemanusiaan sejagat.
Sehubungan itu, PAPISMA Kelantan:
Mengecam sekeras-kerasnya tindakan Isr**l yang mengancam flotilla dan menahan aktivis Malaysia secara tidak sah.
Menuntut pembebasan segera semua aktivis kemanusiaan tanpa syarat, serta jaminan keselamatan mereka.
Menyatakan solidariti penuh bersama para aktivis dan sukarelawan antarabangsa yang berani menggalas amanah kemanusiaan ini.
Mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera dalam memastikan keselamatan flotilla dan menamatkan sekatan zalim ke atas G*z*.
Mengajak rakyat Malaysia, khususnya di Kelantan, untuk terus berdoa, menyokong, dan memperkukuh usaha-usaha kemanusiaan demi rakyat Pal**tin.
PAPISMA Kelantan percaya bahawa perjuangan ini bukan sekadar isu politik serantau, tetapi juga adalah tuntutan kemanusiaan sejagat. Kami akan terus komited bersama rakyat Malaysia dan dunia dalam menyuarakan kebenaran serta menolak kezaliman.
"Bersama Pal**tin, Teguh dalam Solidariti."
Dikeluarkan oleh:
๐๐๐ซ๐ญ๐ฎ๐๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐ฆ๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ฎ ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ (๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ญ๐๐ง
๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐๐๐ซ ๐๐๐๐
PAPISMA Cawangan Kelantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Dr Mohamad Najmi bin Ahmad, Pengerusi PAPISMA Kelantan sesi 2025โ2027, atas pencapaian gemilang menerima Anugerah Pekerja Cemerlang daripada pihak Hospital Pakar USM, baru-baru ini.
Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas dedikasi, ketekunan dan profesionalisme beliau dalam dunia perubatan, khususnya dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan pesakit secara berintegriti dan penuh ihsan.
Dr Najmi bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya klinikal, malah turut aktif memimpin dan menggerakkan pelbagai inisiatif kesihatan komuniti di bawah PAPISMA Kelantan โ membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar dinilai di tempat kerja, tetapi juga dalam memberi manfaat kepada ummah.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua ahli PAPISMA dan warga kesihatan untuk terus melangkah lebih jauh dengan semangat khidmat dan nilai murni Islam.
"Kecemerlangan bukan hanya tentang prestasi, tetapi juga tentang memberi erti dalam hidup orang lain."
#PAPISMAKelantan #TahniahDrNajmi #AnugerahCemerlang #HospitalPakarUSM #InspirasiUmmah
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Kelantan menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang telah memasang papan tanda melarang hubungan sejenis di beberapa lokasi strategik di bandaraya tersebut.
Kami memandang serius peningkatan gejala sosial yang bertentangan dengan fitrah manusia dan ajaran Islam, termasuk hubungan sejenis, yang boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan fizikal, mental, dan spiritual masyarakat. Sebagai organisasi yang terdiri daripada para profesional perubatan Muslim, kami percaya bahawa langkah pencegahan dan pendidikan adalah penting dalam membendung gejala ini.
Berdasarkan data pada tahun 2024, sebanyak 3185 kes jangkitan baharu HIV telah direkodkan. Daripada jumlah ini, 90% adalah melibatkan jantina lelaki. Lebih membimbangkan lebih 64% kes baharu berpunca daripada hubungan homoseksual dan biseksual.ย
Pemasangan papan tanda oleh MBKT adalah satu usaha proaktif dalam mendidik masyarakat agar menjauhi perbuatan yang dilarang oleh agama dan bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Langkah ini selaras dengan prinsip amar makruf nahi mungkar yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat yang sejahtera dan berakhlak mulia.ย
Kami juga menyokong bahawa tindakan ini bukanlah bertujuan untuk menyemai kebencian terhadap individu tertentu, tetapi sebagai satu bentuk peringatan dan pendidikan kepada masyarakat umum mengenai bahaya dan implikasi negatif hubungan sejenis.ย
PAPISMA Kelantan menyeru agar lebih banyak pihak berkuasa tempatan mengambil langkah serupa dalam usaha membendung gejala sosial yang semakin membimbangkan ini. Kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyediakan khidmat nasihat dan program kesedaran berkaitan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
Cawangan Kelantan
13 Mei 2025