Berlangsung di Royal Safwah Event Hall, Kg. Jembal, Bachok. Mesyuarat agung ke-15 menyaksikan pertukaran pimpinan yang baru menggantikan ajk yang lama. Kehadiran yang amat memberangsangkan menjadikan suasana mesyuarat yang meriah dengan pelbagai isu dibangkitkan dan cadangan solusi yang mantap daripada para perwakilan.
Berlangsung di Hotel Ibis, Kota Bharu. Mesyuarat agung kali ini bertemakan Palestin dimana para perwakilan menghadirkan diri dengan pemakaian mengikut tema. Hal ini bagi menzahirkan rasa solidariti para perwakilan dengan isu semasa yang berlaku di negara umat Islam di sana. Para perwakilan dengan sebulat suara menyatakan sokongan untuk membantu umat Islam di sana dalam apa jua wadah dan cara mengikut kemampuan masing-masing.
Berlangsung di Hotel H-Elite, Kota Bharu. Mesyuarat agung kali ke-13 menyaksikan pertukaran yang amat besar dalam kepimpinan PAPISMA Cawangan Kelantan di mana berlaku pertukaran jawatan Pengerusi yang telah dipegang oleh Dr Damitri selama dua penggal. Pengerusi baru iaitu Dr Najmi telah terpilih untuk meneruskan legasi kepimpinan PAPISMA Kelantan dengan membawa idea-idea baru untuk maju ke hadapan. Moga PAPISMA Kelantan terus cemerlang dalam mendepani cabaran di masa depan.