6 Disember 2025 | Seramai 60 orang mangsa banjir di Kampung Kutan Sungai, Pasir Pekan telah menerima bantuan barangan keperluan. Terima kasih kepada semua penyumbang yang membolehkan bantuan ini disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Program dimulakan dengan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh doktor pakar perubatan keluarga dan seterusnya menjalankan sesi pemeriksaan kesihatan kepada semua mangsa banjir yang terlibat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
5hb Disember 2025 | Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Kelantan hari ini telah menyalurkan sumbangan Tabung Banjir berjumlah RM12,000 kepada 170 mangsa banjir di Kg. Kubang Sawa yang terjejas dalam kejadian banjir baru-baru ini. Sumbangan tersebut disampaikan sebagai sebahagian daripada usaha kebajikan PAPISMA untuk membantu meringankan beban mangsa, terutamanya melibatkan keperluan asas serta sokongan kesihatan melalui pemeriksaan Kesihatan oleh ahli PAPISMA. Bantuan ini diharapkan dapat membantu keluarga-keluarga terlibat meneruskan kehidupan sementara menunggu proses pemulihan sepenuhnya.
Seramai lebih 30 orang peserta daripada pelbagai hospital dan klinik telah menyertai bengkel ini. Program ini memberi peluang kepada petugas kesihatan mendalami teknik berkhatan secara sistematik melalui gabungan sesi teori dan praktikal yang dipandu oleh dua pakar berpengalaman dalam anaesthesiology dan pembedahan kanak-kanak. Peserta dapat mempelajari langkah kerja yang betul, penggunaan peralatan, serta pendekatan selamat bagi mengurangkan komplikasi, sesuatu yang sukar diperoleh hanya melalui pembacaan atau pemerhatian di tempat kerja. Format bengkel yang ringkas tetapi padat ini juga membolehkan peserta membina keyakinan, meningkatkan kemahiran hands-on, dan memahami standard amalan semasa sebelum terlibat dalam prosedur sebenar.
Program ini ditujukan khusus untuk murid tahun 4 hingga tahun 6. Sepanjang program, pelajar didedahkan dengan pelbagai pengisian bermanfaat dan interaktif seperti: Kesihatan Kendiri, Sentuhan Selamat dan Tidak Selamat, Gejala Sosial di Sekolah dan Isu LGBT, Pengenalan Gender, Bahaya Pornografi dan Ketagihan Digital dan Penyakit Jangkitan Seksual dan HIV. Melalui pendekatan santai dan mesra pelajar, program ini memberi pencerahan penting tentang penjagaan diri, maruah serta tanggungjawab sebagai remaja muslim dalam menghadapi cabaran dunia moden.
Seramai lebih 300 pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 menghadirkan diri. Program ini dimulakan dengan Ceramah 1: Kesihatan Kendiri, Gejala Sosial, Jenis Sentuhan dan Gender. Ceramah 2: Bahaya Pornografi, Ketagihan,HIV/AIDS & PJS. Bengkel disulami dengan slot ice-breaking dan seterusnya sesi latihan dalam kumpulan (LDK). Program diakhiri dengan ikrar pelajar dan penyampaian hadiah kepada kumpulan dan peserta terbaik.
Program Malam Titipan Kasih Buatmu Gaza ialah majlis makan amal anjuran PAPISMA Kelantan yang telah berlangsung pada 1 November 2025 di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu. Majlis ini menampilkan ucaptama, perasmian serta perkongsian pengalaman daripada tetamu jemputan berkaitan isu kemanusiaan Gaza, termasuk aktivis flotilla dan wakil NGO Palestin. Turut memeriahkan acara ialah persembahan nasyid oleh kumpulan Shoutul Muhammadi.Seramai 140 orang peserta telah menghadiri majlis ini dan menyumbang kepada tabung Gaza PAPISMA.
Majlis penutup program advokasi skuad waja ini merupakan penutup bagi beberapa sesi kaunseling yang telah berjalan dalam tempoh 3 bulan bermula julai-september 2025. Diharap program ini dapat memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat tentang definisi keganasan rumah tangga & akta-akta yang berkaitan agar golongan yang teraniaya terutamanya wanita dapat bangkit membela diri & meneruskan hidup ke arah yang lebih baik. Program separa bersasar ini dengan Tema: 'Wanita Bangkit,Tiada Lagi Tangisanmu' merupakan kerjasama antara Jabatan Pembangunan Wanita,Skuad Waja & PAPISMA Cawangan Kelantan. Semoga kerjasama yang terjalin dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Bertajuk “From Blur to Sure: Ward Survival Skills!” ditujukan khas kepada House Officer, Medical Officer, fresh graduates dan pelajar perubatan. Program ini adalah sebuah sesi yang padat dengan perkongsian praktikal daripada pakar. Seminar ini telah berlangsung secara atas talian pada 25 Oktober 2025 (8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari) melalui aplikasi Zoom, merangkumi dua slot utama: Pengenalan dan Respons Terhadap Kecemasan Wad dan Cara Membuat Rujukan Kes dengan Jelas. Penting untuk kuasai asas kerja di wad dengan lebih yakin dan teratur, sangat berbaloi bagi mereka yang telah hadir.
Alhamdulillah,sambutan kem ini amatlah menggalakkan kerana dalam masa 3 hari sahaja penyertaan 50 peserta berjaya diisi dan masih lagi ada ibubapa ingin mendaftar. Ini menunjukkan ilmu daripada kem ini amat penting untuk anak-anak yang baru atau yang akan akil baligh menghadapinya dengan kefahaman yang betul dan mengelakkan sebarang budaya songsang yang viral dalam media sosial pada generasi Z sekarang. Tahniah diucapkan kepada Biro Dakwah, Pendidikan dan Multimedia Masjid As Sa’adah Mukim Beta Hulu atas jemputan dan penganjuran kem ini.
i-NuCMI 2025 berakhir dengan kejayaan yang sangat membanggakan, dengan PAPISMA Kelantan sebagai tuan rumah serta kehadiran lebih 230 delegasi dari seluruh negara dan luar negara seperti Turki, Filipina, Singapura dan Oman. Hampir setahun perancangan akhirnya direalisasikan melalui sokongan rakan strategik seperti Kerajaan Negeri Kelantan, KIAS, Bank Islam dan Olive Jardin. Barisan penaja turut memainkan peranan besar, termasuk Affin Bank, Tamu Capital, Sang Juwana, Koperasi Amal Medik Malaysia, Kynohaigo, An-NaHL USM, Brainey, Berkat Muhamad Batrisyia Enterprise, Pustaka Dinamis, TIC Kelantan, Klinik Dr Muhaimin, Klinik Pergigian Az-Zahra’, Medicare Solutions, Klinik Pergigian Amalmedik, Galla Dental, Usains Healthcare dan MegaGen Implant Malaysia. Program ini turut diperkukuh dengan kerjasama rakan kolaborasi seperti World Islamic Health Union (Turkiye), School of Medical Sciences USM, IKIM, Sağlık ve Medeniyet Derneği, IMAN Philippines, Future Research, National Commission on Muslim Filipinos dan IIMF. Terima kasih kepada semua pihak yang memainkan peranan dalam menjayakannya.
Alhamdulillah, PAPISMA Cawangan Kelantan berpeluang menyertai satu program ceramah kesedaran anjuran pihak sekolah SMU(A) Bustanus Saadah. Ceramah bertemakan "Gejala Sosial Remaja: Vape, LGBT & Cabaran Semasa" telah berjaya menarik perhatian seramai 264 orang pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Ceramah disampaikan oleh wakil PAPISMA Kelantan, Dr Nur Syairah Binti Ab Rani, yang berkongsi dengan penuh semangat dan kefahaman tentang isu-isu yang semakin membimbangkan dalam kalangan remaja hari ini, termasuk bahaya penggunaan vape, pengaruh LGBT, serta gejala sosial lain yang boleh merosakkan masa depan generasi muda. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar dan guru. Semoga usaha kecil ini menjadi titik tolak kesedaran dan perubahan positif dalam kalangan anak-anak remaja kita.
PAPISMA terus komited untuk berganding bahu bersama institusi pendidikan dan masyarakat dalam usaha membina generasi sihat jasmani dan rohani.
Pada Sabtu, 12 Julai 2025, Exco Wanita, Remaja dan Kanak-kanak (WARAK) PAPISMA Cawangan Kelantan telah berjaya menganjurkan Program Training of Trainers (TOT) Get to Zero (GTZ) yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Nyor, Institut Latihan FAMA, Kota Bharu. Program ini dihadiri oleh seramai 40 orang peserta dan petugas, yang terdiri daripada sukarelawan kesihatan, pendidik serta aktivis komuniti. Tujuan utama TOT ini adalah untuk memberi pendedahan menyeluruh mengenai bahaya perilaku LGBT, serta implikasinya terhadap kesihatan awam, terutamanya penyakit kelamin seperti HIV dan AIDS. Melalui pendekatan ilmiah, berfakta dan berteraskan nilai Islam, peserta dibimbing untuk memahami realiti semasa, teknik advokasi berhemah, serta strategi komunikasi berkesan dalam mendidik masyarakat agar kita bersama dapat mencapai matlamat “Get to Zero”: sifar stigma, sifar jangkitan baharu, sifar kematian berkaitan AIDS.
"Kesedaran Hari Ini, Perlindungan Untuk Esok"
Alhamdulillah, pada Jumaat, 11 Julai 2025, PAPISMA Cawangan Kelantan telah dijemput menyertai Pertandingan Bowling Antara Kaum 2025 anjuran Unit Belia & Sukan (UBeS) Kelantan yang berlangsung penuh meriah dan harmoni. Pertandingan ini disertai oleh seramai 128 peserta yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat di negeri Kelantan, termasuk kaum Melayu, Cina, India dan Siam membuktikan bahawa sukan mampu menyatukan hati dan jiwa rakyat tanpa mengira bangsa dan budaya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Zamakhshari Bin Zahari, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan. Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya perpaduan melalui platform sukan sebagai salah satu medium membina masyarakat yang lebih harmoni dan inklusif. PAPISMA Kelantan amat menghargai jemputan ini dan menyokong penuh inisiatif murni seperti ini yang selari dengan prinsip kami sebagai NGO kesihatan yang turut mendukung nilai ukhuwah, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat. Tahniah kepada semua yang telah mengambil bahagian dan menjayakan program ini.
Program 'BLS for Community' telah berjaya dilaksanakan di Masjid Ibadurrahman Kampung Chat Rimau pada 10 Mei 2025 bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengahari dengan kehadiran muslimat seramai 22 orang. Program ini bertujuan untuk mendedahkan masyarakat tentang kepentingan Basic Life Support, BLS. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada semua peserta.
Program ini dirasmikan oleh YB Hilmi bin Abdullah, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. Program dua hari ini berlangsung di Dewan Seminar Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Tunjong. Seramai hampir 100 orang bakal doktor yang menyertai program HOPE pada kali ini. Fokus program ini adalah untuk mempersiapkan bakal House Officer dengan kemahiran klinikal asas, pengurusan kecemasan, serta kekuatan mental-spiritual untuk memasuki alam pekerjaan. Antara pengisian program adalah:
Pengisian Utama
Slot Ceramah & Skill Sessions
Airway & Rapid Sequence Intubation (RSI)
Modified Early Warning Score (MEWS)
Basic Radiological Interpretation (CXR, AXR)
Skills in History Taking & Case Presentation
Approach to the Unwell Child Under 5 Years (ATUCUS)
Stress Management & Coping Mechanism in Housemanship
Solat as the 6th Vital Sign
Obstetrics Emergencies
Sharing session daripada pegawai perubatan yang pernah menjalani HO dengan ESRF
10 Practical Sessions:
RSI
CPR
ABG & ECG
Blood taking, branula & IO insertion
FAST scan
POP orthopaedics
CBD & Ryle’s tube insertion
Simple suture
CTG & dating gestation
Tips history taking & case presentation
Moga program ini bermanfaat kepada semua yamg terlibat.
Papisma Kelantan dijemput mengendalikan Program Khitan Perdana DUN Bunut Payong pada Sabtu, 25 Januari 2025. Terima kasih kepada semua petugas.
Facebook: Papisma Malaysia Cawangan Kelantan Official Youtube: PAPISMA Kelantan Instagram: Papisma_Kelantan Tiktok: PAPISMA Kelantan