Dr Mohamad Najmi bin Ahmad
Pengerusi PAPISMA Cawangan Kelantan
Sesi 2025-2027
Dr Mohamad Najmi bin Ahmad
Pengerusi PAPISMA Cawangan Kelantan
Sesi 2025-2027
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, PAPISMA Cawangan Kelantan terus berkembang sebagai wadah kesihatan yang dihimpuni para profesional yang komited pada nilai Islam, profesionalisme dan integriti. Kehadiran laman web ini diharap menjadi ruang maklumat yang memudahkan masyarakat memahami peranan serta sumbangan kami dalam isu kesihatan masa kini.
PAPISMA berpegang kepada visi untuk menjadi NGO kesihatan terunggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang memimpin perubahan kesihatan berteraskan nilai Islam. Bersama misi membangunkan profesional kesihatan yang berintegriti dan berwawasan, kami bergerak ke hadapan dengan inisiatif kesihatan yang menyeluruh serta advokasi yang kukuh demi kesejahteraan masyarakat.
Cawangan Kelantan akan terus menggerakkan program pendidikan kesihatan, kerja sukarelawan, latihan profesional dan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, institusi pendidikan serta rakan NGO lain. Harapan kami agar PAPISMA menjadi medium yang menghubungkan ilmu, amal dan kepakaran untuk manfaat masyarakat.
Saya menyeru rakan-rakan profesional kesihatan di Kelantan untuk bersama menyumbang tenaga dan kepakaran. Semoga usaha kecil ini membawa manfaat besar kepada ummah.
Sekian, terima kasih.