Program ini bertempat di Dewan Maahad Raudhah An-Nazirin Jerimbong, Kuala Balah, Jeli. Seramai 33 orang anak-anak Kuala Balah telah berkhatan dengan jayanya sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih diucapkan kepada penganjur, tok mudim dan para sukarelawan yang bertungkus-lumus menjalankan program ini. Moga khidmat yang diberikan menjadi pahala yang berpanjangan kepada semua yang terlibat.
Antara pengisian program:
Talk 1: ABG Made Easy
Disampaikan oleh Dr Ahmad Tajuddin Mat Yusoff (Anesthesiologist, HRPZ II)
Fokus kepada cara membaca dan mentafsir ABG dengan mudah dan praktikal untuk kegunaan klinikal harian.
Talk 2: Depression & Coping Mechanism
Disampaikan oleh Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi (MMed Psychiatry)
Huraian tentang tanda kemurungan, faktor risiko dan strategi coping yang berkesan berdasarkan pendekatan psikiatri.
Sesi Praktikal Tambahan
Clinical Scenario OSCE
Kuiz interaktif untuk mengukuhkan pemahaman peserta.
Antara pengisian Daurah Fiqh Medik & Wanita 2024:
Siri 1: 27 April – Fiqh Toharah Wanita
• Pengenalan & hukum darah wanita
• Bezakan haid vs istihadhah
• Fisiologi haid dari sudut perubatan & fiqh
Siri 2: 29 Jun – Ketidaknormalan Haid & Implikasi Kesihatan
• Penyakit berkaitan darah wanita
• Panduan ibadah ketika haid & istihadhah dalam situasi klinikal
Siri 3: 27 Julai – Ibadah Pesakit
• Hukum solat bagi pesakit
• Isu kesihatan warga emas: sakit tua, stroke, rahim jatuh dan kaitannya dengan ibadah
Siri 4: 24 Ogos – Masalah Seksualiti & Identiti
• Tarikan kepada jantina berbeza – fitrah atau fitnah?
• Kekeliruan gender
• Terapi psikospiritual Islam
Program dijalankan secara fizikal/hibrid, waktu pagi hingga tengah hari, dan terbuka kepada orang awam serta pelajar. Fokusnya ialah kefahaman fiqh wanita, isu kesihatan, serta bimbingan ibadah dalam konteks perubatan.
Seminar keibubapaan yang bertemakan "Mengembangkan Cinta dan Kasih Sayang Dalam Keluarga: Teladan Dari Al-Quran" telah disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Fazrul Ismail. Tajuk yang dibawakan pada seminar ini agak menarik. Beliau mengupas beberapa Surah yang berkaitan pendidikan anak untuk kita memantapkan lagi perjuangan kita sebagai ibu bapa yang mendidik. Salah satunya, melalui Surah Luqman. Dalam seminar ini juga berlangsungnya Bengkel Keluarga Mawaddah yang disertai oleh keluarga asnaf dari seluruh negeri Kelantan yang mengumpulkan seramai 48 orang peserta. Perbincangan merangkumi modul buku keluarga mawaddah: "Bagaimana Membina Bahagia" oleh Pn Mazidah dan pengisian "Menjaga Kesihatan Mental Keluarga" oleh Dr Shahril.
Antara pengisian program:
Talk 1: ECG Interpretation
Dikendalikan oleh Dr Mohd Faiz Faizul Fauzi (Cardiologist & Electrophysiologist, HRPZ II).
Fokus pada cara membaca ECG secara sistematik, kenal pasti abnormaliti penting, dan aplikasi klinikal yang relevan untuk HO.
Talk 2: How to Make a Good Referral
Disampaikan oleh Dr Amalina Nudin (MO KK Kuchelong, penulis “Amalina’s Notes”).
Tip membuat rujukan yang jelas, padat dan membantu pakar memahami keperluan pesakit dengan cepat.
Penekanan pada struktur rujukan, maklumat wajib, dan kesilapan biasa.
Sesi Praktikal Tambahan
Clinical Scenario OSCE
Kuiz interaktif untuk mengukuhkan pemahaman peserta.
Program yang telah berlangsung di Dewan Dato Daud Al-Iraqi, Kubang Kerian semalam telah dihadiri oleh sekitar 30 orang peserta yang terdiri daripada lepasan graduan perubatan daripada pelbagai universiti samada di dalam dan di luar negara. Antara pengisian menarik termasuklah perkongsian "Introduction to HO Life" yang disampaikan oleh Dr Muhammad Urfi (MO Surgery HRPZ) dan "Approach to Chest Pain" oleh Dr Wan Suzanne (Emergency Physician HRPZ). Terima kasih atas kesudian menghadiri HeRo 2024. Jumpa lagi pada siri seterusnya.
Program ini berlangsung pada 15 Mac 2024 bersamaan 4 Ramadan 1445 Hijrah. Turut disampaikan sumbangan orang ramai kepada pelajar-pelajar dan juga kepada maahad tahfiz. Terima kasih kepada semua penyumbang yang memberikan infaq bagi menjayakan majlis kali ini. Insya-Allah siri kedua akan menyusul kemudian.
Retreat kali ini memfokuskan tentang halu tuju PAPISMA Kelantan dalam mendepani cabaran di masa hadapan. Meneruskan legasi kepimpinan dan menggerakkan NGO ke arah kemajuan. Terima kasih kepada Prof. Dr. Harmy bin Mohd Yusoff, selaku Timbalan Presiden 1 PAPISMA atas perkongsian pengalaman dan idea-idea baru yang menyegarkan pemikiran dalam meneruskan gerak kerja yang lebih sistematik dan professional. Akhir kata, marilah kita kembali memuhasabah diri dan menilai prestasi kerja hari ini supaya di masa depan, kita sentiasa tergolong dalam kalangan mereka yang memperbaiki diri.
Perancangan yang kurang dari 2 minggu. Pelawaan DAKAP untuk bekerjasama dengan Kelab Kebajikan dan Rekreasi Tanah Merah disambut baik. Alhamdulillah dipermudahkan sungguh urusan mengatur program. Seramai 50 orang anak-anak penerima dari kalangan asnaf di Tanah Merah iaitu Gual Ipoh, Kemahang dan Bukit Panau menerima sumbangan beg sekolah, alatulis beserta duit saku sekolah.
Terima kasih ketua lajnah kebajikan, Ustaz Syahmie dan Tuan Firdaus atas kesediaan majlis, jemputan penerima asnaf dan kerjasama yang pantas.
Telah berlangsung Khitan Perdana di Masjid Bandar Annur Guchil, Kuala Krai. Seramai 28 orang peserta yang mengikuti program bersunat ini. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi. Ini adalah siri terakhir program khatan nusantara bagi cuti sekolah awal 2024. Insya-Allah kita bertemu kembali hujung tahun nanti.