PAPISMA
Cawangan Kelantan
PAPISMA
Cawangan Kelantan
PAPISMA adalah merupakan singkatan kepada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Kebajikan dan Perubatan
menfokuskan program-program kesihatan yang menyeluruh dari segi spiritual, mental dan fizikal
Wanita, Remaja dan Kanak-kanak (WARAK) menumpukan projek pembangunan wanita dan keluarga di negeri Kelantan
Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) berkaitan projek bantuan kepada asnaf dan fakir miskin di sekitar negeri Kelantan
Akademik dan Kepakaran
menyusun program ilmiah tentang kesihatan dan kerjaya kepada professional kesihatan secara khususnya dan masyarakat secara amnya
Dental PAPISMA Kelantan
merupakan satu bahagian tugas yang menumpukan program kesihatan gigi dalam masyarakat di negeri Kelantan
Pembangunan insan
menjalankan program berbentuk pendidikan dan pembangunan diri selaras untuk melahirkan nilai insani yang mapan dalam masyarakat
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Kelantan ingin menyampaikan komitmen penuh dalam menyokong sambutan Hari AIDS Sedunia 2025 yang diraikan setiap 1 Disember. Tahun ini, Malaysia mengangkat tema “Perkukuh Kesedaran, Hapus Stigma”, selari dengan usaha global menangani HIV/AIDS secara lebih inklusif, berasaskan ilmu dan penuh empati.
Tema ini mengingatkan kita bahawa perjuangan melawan HIV bukan sekadar soal rawatan, tetapi juga tanggungjawab sosial untuk menghapuskan sikap menghukum, prejudis dan diskriminasi yang masih wujud dalam masyarakat. Stigma menyebabkan ramai pesakit lewat mendapatkan diagnosis dan rawatan, seterusnya meningkatkan risiko komplikasi serta penyebaran penyakit.
PAPISMA Kelantan menyokong penuh segala usaha meningkatkan pendidikan kesihatan, memastikan akses kepada rawatan antiretroviral (ART), serta memperkasa intervensi pencegahan dan promosi kesihatan yang bersifat inklusif dan mesra komuniti.
Dalam masa yang sama, PAPISMA Kelantan mengambil maklum laporan mengenai tangkapan melibatkan aktiviti tidak bermoral dan berisiko tinggi, termasuk yang berlaku di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang baru-baru ini. Kami menegaskan bahawa isu tersebut perlu ditangani secara menyeluruh, melalui:
Pendekatan kesihatan awam yang menekankan pendidikan, pencegahan dan intervensi awal;
Penguatkuasaan yang berhemah terhadap aktiviti yang menyalahi undang-undang;
Sokongan psikososial, terutama kepada golongan berisiko yang memerlukan bimbingan;
Mengelakkan penyebaran stigma yang boleh menyebabkan individu takut tampil mendapatkan rawatan.
PAPISMA Kelantan menegaskan bahawa HIV Aids bukan isu moral semata-mata, tetapi isu kesihatan awam yang memerlukan pendekatan profesional, berasaskan fakta dan penuh ihsan. Setiap individu yang hidup dengan HIV berhak kepada layanan bermaruah, rawatan setara, dan sokongan tanpa diskriminasi.
Sempena Hari AIDS Sedunia 2025 ini, PAPISMA Kelantan menyeru semua pihak sama ada masyarakat, institusi, badan agama, pemimpin serta petugas kesihatan untuk memperkukuh usaha bersama dalam membina komuniti yang lebih celik, berempati dan bebas stigma.
Seramai lebih 30 orang peserta daripada pelbagai hospital dan klinik telah menyertai bengkel ini. Program ini memberi peluang kepada petugas kesihatan mendalami teknik berkhatan secara sistematik melalui gabungan sesi teori dan praktikal yang dipandu oleh dua pakar berpengalaman dalam anaesthesiology dan pembedahan kanak-kanak. Peserta dapat mempelajari langkah kerja yang betul, penggunaan peralatan, serta pendekatan selamat bagi mengurangkan komplikasi, sesuatu yang sukar diperoleh hanya melalui pembacaan atau pemerhatian di tempat kerja. Format bengkel yang ringkas tetapi padat ini juga membolehkan peserta membina keyakinan, meningkatkan kemahiran hands-on, dan memahami standard amalan semasa sebelum terlibat dalam prosedur sebenar.
Seramai lebih 300 pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 menghadirkan diri. Program ini dimulakan dengan Ceramah 1: Kesihatan Kendiri, Gejala Sosial, Jenis Sentuhan dan Gender. Ceramah 2: Bahaya Pornografi, Ketagihan,HIV/AIDS & PJS. Bengkel disulami dengan slot ice-breaking dan seterusnya sesi latihan dalam kumpulan (LDK). Program diakhiri dengan ikrar pelajar dan penyampaian hadiah kepada kumpulan dan peserta terbaik.
Program Malam Titipan Kasih Buatmu Gaza ialah majlis makan amal anjuran PAPISMA Kelantan yang telah berlangsung pada 1 November 2025 di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu. Majlis ini menampilkan ucaptama, perasmian serta perkongsian pengalaman daripada tetamu jemputan berkaitan isu kemanusiaan Gaza, termasuk aktivis flotilla dan wakil NGO Palestin. Turut memeriahkan acara ialah persembahan nasyid oleh kumpulan Shoutul Muhammadi.Seramai 140 orang peserta telah menghadiri majlis ini dan menyumbang kepada tabung Gaza PAPISMA..
Program ini ditujukan khusus untuk murid tahun 4 hingga tahun 6. Sepanjang program, pelajar didedahkan dengan pelbagai pengisian bermanfaat dan interaktif seperti: Kesihatan Kendiri, Sentuhan Selamat dan Tidak Selamat, Gejala Sosial di Sekolah dan Isu LGBT, Pengenalan Gender, Bahaya Pornografi dan Ketagihan Digital dan Penyakit Jangkitan Seksual dan HIV. Melalui pendekatan santai dan mesra pelajar, program ini memberi pencerahan penting tentang penjagaan diri, maruah serta tanggungjawab sebagai remaja muslim dalam menghadapi cabaran dunia moden.
Bertajuk “From Blur to Sure: Ward Survival Skills!” ditujukan khas kepada House Officer, Medical Officer, fresh graduates dan pelajar perubatan. Program ini adalah sebuah sesi yang padat dengan perkongsian praktikal daripada pakar. Seminar ini telah berlangsung secara atas talian pada 25 Oktober 2025 (8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari) melalui aplikasi Zoom, merangkumi dua slot utama: Pengenalan dan Respons Terhadap Kecemasan Wad dan Cara Membuat Rujukan Kes dengan Jelas. Penting untuk kuasai asas kerja di wad dengan lebih yakin dan teratur, sangat berbaloi bagi mereka yang telah hadir.
i-NuCMI 2025 berakhir dengan kejayaan yang sangat membanggakan, dengan PAPISMA Kelantan sebagai tuan rumah serta kehadiran lebih 230 delegasi dari seluruh negara dan luar negara seperti Turki, Filipina, Singapura dan Oman. Hampir setahun perancangan akhirnya direalisasikan melalui sokongan rakan strategik seperti Kerajaan Negeri Kelantan, KIAS, Bank Islam dan Olive Jardin. Barisan penaja turut memainkan peranan besar, termasuk Affin Bank, Tamu Capital, Sang Juwana, Koperasi Amal Medik Malaysia, Kynohaigo, An-NaHL USM, Brainey, Berkat Muhamad Batrisyia Enterprise, Pustaka Dinamis, TIC Kelantan, Klinik Dr Muhaimin, Klinik Pergigian Az-Zahra’, Medicare Solutions, Klinik Pergigian Amalmedik, Galla Dental, Usains Healthcare dan MegaGen Implant Malaysia. Program ini turut diperkukuh dengan kerjasama rakan kolaborasi seperti World Islamic Health Union (Turkiye), School of Medical Sciences USM, IKIM, Sağlık ve Medeniyet Derneği, IMAN Philippines, Future Research, National Commission on Muslim Filipinos dan IIMF. Terima kasih kepada semua pihak yang memainkan peranan dalam menjayakannya.
Facebook: Papisma Malaysia Cawangan Kelantan Official Youtube: PAPISMA Kelantan Instagram: Papisma_Kelantan Tiktok: PAPISMA Kelantan